[Penulisan ini merujuk-balas e-mail di bawahnya]
Salam.
Padaku, kau selalu asyik negatif lah Yoq. Kerajaan saja tak boleh nak dipersalahkan untuk segalanya. Lihat kesalahan pada kita sendiri.
1. Kerajaan takda pun haramkan tulisan Jawi. Malahan aku ingat lagi masa kita di sek. rendah dulu ada siri belajar tulisan Jawi setiap hari di RTM. Aku ikut dan la ni fasih baca & tulis Jawi. Tapi lama-lama lenyap sebab didapati tak ramai orang Melayu lain minat. Begitu juga Utusan Melayu (keluaran Jawi) dulu. Bini aku hairan aku selalu beli dan suruh anak-anak baca. Tapinya tak cukup ramai org Melayu beli sampaikan ia terpaksa bungkus.
Orang Melayu sendirilah yang tak daulatkan Jawi, bukan salah Kerajaan aja. Sekarang akhabr Jawi sekali seminggu aja, itupun org Melayu tak ambil pudul. Tau, di Indonesia akhbar Jawi satu pun dah takda, langsung pupus. Kau mau kritik Pemerintah Indonesia karenanya?
2. Bahasa Melayu tetap rasmi, tapi salahnya orang Melayu sendiri yang tak agungkannya. Banyak Melayu 'intelektual' dan berpendidikan ala-Barat guna B. Inggeris dlm bualan harian dan tulisan e-mel. Lihat aja e-mel2 group kita... Jadi, nak salahkan siapa? Aku contohnya tetap sebut "Bahasa Melayu" bila merujuk bahasa ni.
Mungkin orang tak tau, tapi aku sering cakap Melayu dgn Bukan-Melayu. Mereka akhirnya ikut sama jawab dlm Bahasa Melayu. Sedangkan aku bukan orang Melayu, dan jelas aku mengakui pada sesiapa yang tanya - aku bukan Melayu lagi. Aku bangsa sendiri. Tapi aku memilih untuk menyebelahi orang Melayu krn saudara se-Islam, dan ada kebaloian dalam ciri-ciri tamadun Melayu yang aku fikir layak dipertahankan, bukan kerana Bangsa.
Kita yang kena tolong naikkan antara kita sendiri. Itu sebab contohnya bila aku dulu ternampak makalah tentang kau dalam majalah, aku hebahkan pada yahoogroup kita, dan aku sanjung kemunculan kau dalam majalah tu serta pencapaian kau. Itu satu contoh kecil dari banyak lagi yang aku sokong orang kita. Dalam diriku tiada hasad dengki, kerana aku bukan Melayu lagi.
Pokoknya, kita kena hebatkan dan daulatkan jatidiri kita. Secara sendirinya, orang akan hormat dan ikut siapa yang kuat. Hakikatnya itu yang berlaku dengan Orang Putih. Mau tak mau, kita terpaksa 'ikut' depa sebab depa kuat. Kita ambil iktibar...
Tak yah salahkan pihak lain atau Kerajaan aja.
Make our own destiny! Tentukan sendiri hala tujuan - jangan harapkan Kerajaan.
-nadge-
----- Original Message -----
From: mohd yahya ysp3737my@yahoo.com Date: Tuesday, August 28, 2007 11:23 am
Subject: [mc7983] SEMBANG MERDEKA 2 - Cikgu Saad Tg.Karang
To: dpims
Assalamualaikum wbkt,
Ahad baru ni 26 ogos 2007 saya sempat balik kampung di Tg Karang. Lepas solat Isya berbual dengan Cikgu Saad, dia dah pencen lama. Sembang pasal famili adik beradik dan macam-macam. Saya tertarik untuk kongsi cerita pasal pengalaman dia sebagai Cikgu dan sekolah.
1. Cikgu Saad cakap dulu zaman British orang Melayu boleh belajar tulisan Jawi dengan baik malah orang British, Orang Cina & India pun turut belajar dan pandai tulisan Jawi. British tak mansuhkan pun tulisan Jawi tapi bila kita sendiri perintah kita mansuhkan tulisan Jawi. Kita undur kebelakang.
2.Dengan penuh teliti saya mendengar luahan dia yang dengan penuh semangat keMelayuan walupun dia jawa. Dulu kita ada bahasa Melayu sekarang kita sendiri dah tak ada bahasa, yang ada bahasa Malaysia. Mana ada bahasa Malaysia, orang putih tu kat Amerika, Australia, England pun dia guna bahasa Inggeris manaada bahasa Amerika, manada bahasa Australia... kita ni dah jauh terpesong daripada perjuangan..kita kebelakang kata cikgu saad.
3. Banyak lagi luahanya, pasal bangunan sekolah, pasal biaya sekolah, pasal cikgu, pasal kurikulum dan pasal Menteri. Bualan bersama beberapa rakan arwah bapak saya hingga larut malam sekitar jam 11.45 malam sejak daripada lepas solat isyak. Kami beransur dengan bersalam antara satu sama lain.
4. Banyak erti dan pengalaman saya peroleh daripada orang lama.
Yahya Sahri
- MCOBA 2290 (batch 7983)
- SU Kehormat DPIM Selangor
- AJK PIBG SEMASHUR
- MD YSP>
- 012-2839957
No comments:
Post a Comment